Mahir Jahit SLS Alteration Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa
11 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2026, seorang peserta telah menyertai Short Learning Series Mahir Masak yang bertajuk Alteration Besar Jadi Muat, Kecil Jadi Selesa. Webinar ini telah memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas dan kaedah praktikal dalam mengubah suai pakaian agar lebih sesuai dipakai. Dalam sesi ini, peserta mempelajari cara membesarkan atau mengecilkan pakaian, membaiki potongan, serta memastikan pakaian yang diubah tetap kemas, selesa dan kelihatan profesional.
Selain itu, webinar ini turut berkongsi tips menjimatkan kos dengan memanfaatkan pakaian sedia ada melalui alteration yang betul. Pengetahuan ini bukan sahaja berguna untuk kegunaan sendiri, malah boleh dijadikan kemahiran tambahan bagi menjana pendapatan. Webinar ini sangat bermanfaat khususnya kepada individu yang berminat dalam bidang jahitan dan pengubahsuaian pakaian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: